People i following
Close
Stuff I Like
See more stuff I like
Close
  1. EPISODE 1


    when i was just a little girl

    i asked my mother what should i be

    should i be rich? should i be pretty?

    here what she said to me ….

    Ini kisah aku.. Kisah seorang hamba yang masih keliru tentang perjalanan hidupnya. Alam remaja memang mencabar.. Saat aku diuji dengan cinta dunia! Mungkin pada pandangan sesetengah pihak apa yang saya maksudkan itu adalah cinta manusia. Tidakkk… Bukan itu. Cinta dunia. Cinta pada seluruh isi di dalamnya. Lupa pada apa yang telah dikurniakan-NYA.. Tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki. Lupa pada saudara yang lebih susah.. Lebih berat diuji olah-NYA. Air mata mengalir tidak tahu punca. Sehinggakan perasaan sendiri sukar dimengerti. Tidak tahu mahu diletakkan perasaan apa di dalam hati ini. Hidup terasa kosong..

    semakin jauh ku berlari

    makin tidak keruan aku jadinya

    jiwa makin meronta-ronta

    tidak tahu arah & tujuan

    apa yang aku lupa? apa yang aku sisihkan?

    mungkinkah…..

    terlupa pada fitrah wujunya, hanya ditaraf hamba

    Lupakah aku tujuan kehidupan ku ini? Pedih rasanya bila melakukan kemungkaran dalam sedar.. Bukan itu yang aku mahu, tapi itu yang aku lakukan. Salah aku bukan? apakah kamu akan dibiar mengatakan beriman tanpa diuji? Inilah ujiannya! Aku sedar! Aku tahu! atau sememangnya aku terlepas pandang? lalai dengan indah sementara dunia ini? Bangkitlah wahai hamba ALLAH… sementara ada ruang dan peluang. Jangan sia-siakannya lagi.. Hari esok entahkan ada atau tidak, engkau sendiri masih tidak pasti. Ayuh, mari perbaiki ibadah…

    sesungguhnya rahmat ALLAH itu hampir bagi mereka yang memperbaiki amalannya





  2. bismillahirrahmanirrahim..


    • lelaki yang kami rindui
      hanya iman penggerak hidupnya
      tiangnya agama
      batinnya takwa
      ilmu teguh di dada
      hanya sarat cinta
      kepada ALLAH dan Rasul-NYA
      suluhnya bukan nafsu semata
      tapi ihsan kaya di jiwa…

      lelaki yang kami rindui
      terhibur dengan kalamullah
      merasa manis dengan zikrullah
      rindukan perjuangan Rasulllah
      cintakan sunnah kekasih ALLAH
      gagah menangkis mehnah
      di akhir zaman yang penuh fitnah

      lelaki yang kami rindui
      mengemudi bahtera rumah tangga
      petunjuknya al-Quran
      petanya sunnah Junjungan

      panjinya Islam
      sauhnya iman
      layarnya takwa
      pakaiannya sabar
      semangatnya membara
      setiap ketika
      menggamit ketaatan

      lelaki yang kami rindui
      malamnya syahdu dek tangisan
      tidak terbuai dek lena yang panjang
      munajatnya pilu penuh keinsafan
      sujudnya penuh kehambaan

      gentarkan neraka jahanam
      agar tidak menyentuh anak isteri tersayang

      lelaki yang kami rindui
      mengenal kami cinta hakiki
      cinta Ilahi itulah visi
      agar hidup diiringi Rabbi
      bersih dari tiupan iblis

      dan lelaki yang kami rindui
      membentangkan kami permaidani muhasabah
      kata-katanya adalah tazkirah
      senyumannya adalah nasihah
      dan telunjuknya adalah arah
      agar tetaplah kami penuh hebah
      di atas landasan Islam ynag indah
      hingga ke titisan darah…

     wahai adam, sedarilah kamulah pemimpin kami. Andai ke kanan arahmu, maka ke kanan yang kami tuju.

                                              [ nukilan: fatimah syarha_seindah mawar berduri ]

  3. HANYUT by UNIC

  4. bismillahirrahmanirrahim…

    assalamualaikum wbt.

    -KASHAF IMANI-

    Are you guys watched that movie? i’ve watched that film last night at astro ria. The only star that i know the name is sh. amani.  I try to give the synopsis… The story is about one guy name KASHAF live with broken family.. while imani live with her nanny and she is gifted for the ability to see what others can’t.. in othrs words, di buka hijabnya.. Kashaf is trapped with drug and being stabbed. In this critical time he realised all his mistakes especially to his mum. And he ask for help from Imani to tell his mother what his feeling.. He also seek for help from Imani to tell his sister from being ‘keldai’.. And others complicated life of them.

    But the question that came out of my mind is, is’t how the reality of life nowadays? teenagers - club - drugs - go back at late of night - smoke - respectiveness - FAITH - Islamic life - family values -  and others~

    Its remind me the  phrase of song ” terlupa pada fitrah wujudnya, hanya ditaraf HAMBA

    InsyaALLAH, later i’ll post the song.. HANYUT by UNIC if im not mistaken.. That’s all i think, and i hope as we become older, matured we can think which one is good or not.. We can predict whats gonna be happened if we do this or that.. Seek for HIS help. our life is not end up here.. Please,  tell me if im doing wrong… wassalam.

  5. Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

    “Hati kami baik walaupun kami tak tutup aurat.” Adakah hati itu baik dan sihat jika melanggar perintah Allah swt?
    Apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? Setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya?

    Sabda Rasulullah Saw: Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya..” ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )
    Harta Paling Berharga

    Bagi orang yang berpuasa, mereka akan memasuk syurga melalui pintu puasa yakni pintu Ar-Rayyan, begitu juga yang syahid, dermawan dan sebagainya. Tetapi bagi wanita solehah, mereka ada peluang untuk memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang mereka sukai. Sungguh tinggi darjatnya disisi Allah swt. Abaikanlah andai darjat anda disisi manusia diperosok ke dasar yang paling bawah kerana sifat solehah anda. Utamakan apa sahaja di sisi Allah Swt.
    1. Bulu kening
    -Menurut Bukhari, “Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.” Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
    2. Kaki (tumit kaki)
    -“Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” (An-Nur: 31)
    Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.
    3. Wangian
    -“Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina.” (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).
    4. Dada
    -“Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. ” (An-Nur : 31)
    5. Gigi
    -‘Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.’ (Riwayat At-Thabrani)
    -“Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah”(Riwayat Bukhari dan Muslim).
    6. Muka dan Tangan
    -Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: ‘Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.” (Riwayat Muslim dan Bukhari).
    7. Tangan
    -“Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya”(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).
    8. Mata
    -“Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya.” (An Nur : 31).
    -Sabda Nabi SAW, “Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).
    9. Mulut (suara)
    -“Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.”( Al Ahzab: 32).
    -Sabda Rasulullah saw, “Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.” (Riwayat Ibn Majah).
    10. Kemaluan
    -“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. “(An Nur : 31).
    -“Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.” (Riwayat Al Bazzar).
    -“Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.” (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).
    11. Pakaian
    -“Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).
    -“Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

    -“Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al Ahzab : 59).
    12. Rambut
    -“Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

    wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah….. 

  6. bismillahirrahmanirrahim..

    2 days since i left kmm. now im off to kota bharu to attend an interview. i always wonder how my future would be… hoping for the best from what ive done yesterday. Nothing is impossible but am i doing what i supposed to do? I start to realised that ive responsibilities toward myself n others. Our life is not stop here, there’s placed we’ll be judged. No one knows when the time will come but what the confirm is it will come. ” kullu nafsin zaiqotul maut “. Through all these few years, ive learned that to be succeed in life is easy if we know what is the exactly meaning of SUCCESS and we put ALLAH as our priority..  Its hard for me to write because im worried im the one whom doesn’t fulfilled it. This is the challenged!

  7. dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

    Jumaat (21 Jan 2011)

    Alhamdulillah, hari ini kita masih dikurniakan segala macam nikmat dan peluang untuk meneruskan kehidupan ini. Dan nikmat terbesar yang perlu kita hargai adalah nikmat iman dan Islam. ” Ya ALLAH, tetapkanlah hati-hati kami di dalam agama-MU…” Dah berhari-hari post ini tertangguh, dan hari ini baru saya dapat menulisnya. Jumaat, penghulu segala hari. I want to share something, but for those who read UTUSAN MALAYSIA, u might have read this article. InsyaALLAH, we can learn something from this article.

         Ini adalah perbincangan yang berkisar berkenaan dengan hakikat ilmu dan kehidupan antara seorang guru yang bernama Syaqiq al-Balkhi dan muridnya, Hatim al-Asam. Berikut adalah perbualan mereka :

    Sudah berapa lama awak belajar denganku?

    Tiga puluh tiga tahun, guru.

    Berapa banayk ilmu yang kamu petik?

    Hanya lapan masalah sahaja.

    Tiga puluh tiga tahun hanya lapan masalah? ( dengan nada terkejut )

    Benar guru, saya tidak berdusta.

    Sila sebutkan 8 masalah tersebut.

    BERAMAL DENGAN LAPAN MASALAH :

    1. Aku lihat kepada makhluk. Setiap orang memepunyai barang kesayangannya tetapi bila sampai ke kubur, nescaya berpisah. Justeru aku jadikan kesayanganku segala kebajikanku supaya ia kekal bersamaku di dalam kubur.
    2. Aku lihat firman ALLAH SWT yang bermaksud, ” Serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu. ” [al-Nazi’at:40]. Justeru aku bersungguh-sungguh mujahadah nafsu hingga stabil dalam ketaatan kepada ALLAH SWT.
    3. Aku lihat setiap orang ada mempunyai barang yang berharga yang disimpannya. Kemudian aku lihat ayat ALLAH SWT yang bermaksud : ” (Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi ALLAH tetap kekal. ” [an-Nahl:96]. Tatkala dapat bagiku sesuatu yang berharga nescaya aku hadapkannya (kepada ALLAH dengan bersedekah) supaya sentiasa kekeal disisiku.
    4. Sesungguhnya aku lihat ramai manusia bernegah dengan harta kekayaan, nasab keturunan dan kemuliaan. Sedangkan semuanya tiada nilai. Lantas aku lihat firman ALLAH SWT yang bermaksud: ” Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi ALLAH adalah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).” [al-Hujurat:13]. Justeru aku beramal untuk bertaqwa supaya aku mulia disisi-NYA.
    5. Sesungguhnya aku lihat manusia saling berhasad dengki. Kemudian aku lihat firman-NYA yang bermaksud: ” Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita)” [al-Zukhruf:32]. Justeru aku tinggalkan hasad.
    6. Aku lihat kebanyakan mereka saling bermusuhan. Kemudian aku lihat firman ALLAH SWT yang bermaksud: ” Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh(yang mesti dijauhi tipu dayanya)” [al-Fathir:6]. Justeru aku tinggalkan permusuhan dengan mereka dengan hanya menjadikan syaitan sahaja sebagai musuh.
    7. Aku lihat manusia sanggup menghina diri kerana mencari rezeki. Bila aku lihat firman ALLAH SWT yang bermaksud: ” Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan ALLAH jualah yang menanggung rezekinya” [Hud:6]. Justeru aku sibukkan dengan apa yang menjadi amanahku dan meninggalkan urusan rezeki kepada Tuhanku.
    8. Aku lihat mereka bergantung kepada perniagaan hasil buatan dan kesihatan mereka tetapi aku bertawakal kepada ALLAH.

    Jawab gurunya, Syaqiq

    Sesungguhnya aku lihat di dalam Taurat, Zabur, Injil dan al-Quran. Dan inilah intipati kitab samawi yang empat ini. Siapa beramal dengan lapan masalah itu nescaya dia beramal dengan keempat-empat kitab

    IKTIBAR


    Berdasarkan jawapan Hatim jelas menunjukkan betapa hakikat kehidupan ini adanya nokhtah yang selepas itulah dikira, sama ada di dunia ini diisi dengan kebaikan dan menjauhi segala larangan Tuhan atau sebaliknya. Lebih penting daripada itu adalah kemuliaan yang hakiki dan bersifat abadi di dada seseorang diisi dengan ketaqwaan.

    Semoga kita mengambil iktibar dan pengajaran daripada jawapan yang penuh ikhlas dan mata hati yang benar-benar ma’rifatullah daripada Hatim al-Asam ini.

    Alhamdulillah, at last i can post this article….

  8. Tips akhirat untuk blogger & facebooker | Blog Tok Guru
  9. shandyisme: Cinta dalam Diam

    shandyisme:

    Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam.

    Karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya.

    Kau ingin memuliakan dia, dengan tidak ingin mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang

    Kau tak mau merusak kesucian dan penjagaan hatinya.

    Karena…

  10. Nafas CintaMu | iluvislam.com + discover the beauty of islam

    :: mujahadah itu payah kerana syurga itu indah  ::

Melani Sub Rosa © by Rafael Martin